Thursday, October 27, 2011

keindahan pagi

tika mentari menjelma
membawa sinar suria
memberi seribu erti buat semua
seiring bersama bunyian yang ada

Tika mataku terbuka
ku melihat keindahan pagi yang bermakna
keindahan yang tak dapat ku cari di mana-mana
hanya padanya ku milikinya

Tika matanya mula berbicara
berbicara ceritera cinta
hanya ku sahaja yang memahaminya
hanya ku sahaja yang menerimanya

Apa yang ku tahu
tidak perlu diungkap dengan kata-kata
hanya selembar senyuman
hanya secebis ciuman
buat diriku yang memerlukannya.............

No comments: